KUALA LUMPUR, 26 April 2024 : Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini bersama-sama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di Majlis Perjumpaan Pengurusan Tertinggi KKM bagi Petugas Haji (Perubatan) dengan seramai 270 orang bakal petugas yang akan menggalas tanggungjawab bagi menyantuni tetamu Allah bagi musim haji tahun ini.
Petugas perubatan ini terdiri daripada pelbagai skim perkhidmatan seperti Perubatan, Kawalan Penyakit, Kesihatan Awam, Farmasi dan Kejururawatan telah menerima amanat yang disampaikan oleh YB Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan bersama Rombongan Petugas Haji (Perubatan) KKM yang diadakan di Ibu Pejabat KKM.
Turut hadir pada majlis tersebut ialah Tuan Syed Hamadah Syed Othman, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH dan YBhg. Dato’ Sri Syed Saleh bin Syed Abdul Rahman, Pengarah Eksekutif Haji TH merangkap Ketua Rombongan Haji Malaysia 1445H/2024M.