Lembaga Tabung Haji (TH) pmenyerahkan zakat perniagaannya berjumlah RM12,455,914.88 bagi tahun 2013 kepada Lembaga Zakat Selangor, dalam satu majlis ringkas di Istana Bukit Kayangan, Shah Alam.
pembayaran zakat ini merupakan yang tertinggi berbanding negeri-negeri lain di Malaysia dan merangkumi 26.9 peratus daripada jumlah keseluruhan pengagihan zakat pada tahun 2013.
Pembayaran zakat bagi Negeri Selangor mencatatkan peningkatan sebanyak 14 peratus berbanding RM10,907,614.88 pada 2012. Pembayaran zakat perniagaan TH telah disempurnakan oleh YBhg. Dato' Paduka Ismee Ismail, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj, Sultan Selangor.
TH ZAKAT PERNIAGAAN TH - SELANGOR
Korporat
Jumaat, 4 April 2014