Haji
Jumaat, 19 Januari 2024
KUALA LUMPUR, 19 JANUARI 2024 – Lembaga Tabung Haji (TH) akan mula mengeluarkan Surat Tawaran Haji kepada 31,600 jemaah haji bagi tahun 1445H/2024M bermula pada hari ini.
Bakal haji perlu cukupkan bayaran haji dan lulus pemeriksaan kesihatan sebelum menjawab surat tawaran tersebut dalam tempoh 11 hari bekerja melalui aplikasi THiJARI atau untuk kes-kes tertentu boleh mengunjungi mana-mana cawangan TH yang berdekatan. TH juga akan meneruskan Bantuan Kewangan Haji Bersasar untuk bakal haji Muassasah daripada kalangan B40 dan M40 pada tahun ini (1445H/2024M) walaupun terdapat peningkatan kos menunaikan ibadat haji.