Korporat
Isnin, 9 Disember 2024
PUTRAJAYA, 9 Disember 2024 : TH telah menghulurkan bantuan 10,000 kotak makanan (Ready To Eat Food) kepada mangsa yang terkesan dengan bencana banjir di seluruh negara melalui Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR).
Pada majlis tersebut, Pengarah Eksekutif Operasi TH, Mohamed Ameen S.M.S Abddul Wahab telah menyerahkan cek cura bernilai RM500,000 kepada Yayasan Food Bank Malaysia. Penyerahan ini turut disaksikan oleh YB Datuk Seri Saifuddin Nasution, Menteri Dalam Negeri.
Antara kandungan di dalam kotak makanan tersebut adalah seperti nasi dan lauk segera, makanan kering serta air mineral. Kotak-kotak makanan ini juga akan disalurkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) mengikut Zon dan secara berperingkat.