Simpanan
Isnin, 11 September 2023
KUALA LUMPUR, 11 SEPTEMBER 2023: Lembaga Tabung Haji (TH) melancarkan ‘TH Khairat’ iaitu perlindungan takaful sebanyak RM12,000 kepada penerima manfaat sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya menyeluruh dan kekal ke atas pendeposit TH dengan langganan tahunan serendah RM28 sahaja.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) YB Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im berkata inisiatif ini adalah salah satu komitmen dan langkah proaktif TH untuk meringankan beban kewangan pendeposit TH selain menggalakkan umat Islam untuk menabung dan membuat persediaan awal dari segi kewangan agar urusan waris sewaktu dan selepas kematian dapat diuruskan dengan baik.