Haji
Isnin, 18 Julai 2022
SEPANG, 18 JULAI 2022 – Kumpulan pertama yang terdiri daripada 298 jemaah haji Malaysia telah selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 9:05 pagi hari ini menerusi penerbangan Saudia Airlines SV 5612 yang berlepas dari Jeddah jam 7:10 malam (waktu Arab Saudi) pada 17 Julai 2022.
Sebanyak 49 penerbangan menerusi Malaysia Airlines (MH) dan Saudia Airlines (SV) disediakan bagi membawa kesemua 14,305 jemaah haji pulang ke tanah air bermula 17 Julai hingga 13 Ogos 2022.
Penerbangan terakhir menerusi MH 8351 dijadualkan berlepas dari Madinah pada 12 Ogos , jam 11:10 malam (waktu Arab Saudi) dan dijangka tiba di KLIA pada jam 1:30 petang (waktu Malaysia) keesokan hari dengan membawa pulang 284 jemaah haji.