KUALA LUMPUR, 15 Januari 2024 - Lembaga Tabung Haji (TH) dan Persatuan Pengendalian Pelancongan Bumiputera Malaysia (Bumitra) pada hari ini mengadakan Majlis Pra-pelancaran Karnival Haji, Umrah dan Pelancongan 2024. Karnival kali ke-dua ini bakal berlangsung bermula 19 hingga 21 Januari ini di Hotel Movenpick KLIA, Sepang dijangka menarik 10,000 pengunjung.
Pada karnival ini nanti, orang ramai boleh mendapat maklumat mendalam serta tawaran menarik pakej haji secara terus daripada 25 syarikat berdaftar di bawah lesen Pengelola Jemaah Haji (PJH). Bukan itu sahaja, pelbagai aktiviti menarik turut disusun bagi pengunjung yang hadir ke karnival ini nanti. Selain memberi peluang orang ramai melihat pelbagai tawaran menarik, diharapkan usaha TH dan Bumitra ini juga dapat mengelak orang ramai daripada terpedaya dengan tawaran pakej-pakej haji palsu.