Korporat
Isnin, 6 Februari 2017
Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini menyampaikan lesen Pengelola Jemaah Haji (PJH) kepada 19 Agensi Pelancongan bagi Musim Haji 1438H/2017M di Dewan Besar Tabung Haji, Kuala Lumpur.
Majlis telah disempurnakan oleh YBhg Dato’ Syed Saleh Syed Abdul Rahman, Pengurus Besar Kanan Jabatan Haji dan turut dihadiri oleh semua Pengurus Besar Jabatan Haji.
Dalam majlis tersebut, PJH yang telah dilesenkan oleh TH diingatkan untuk memenuhi perkhidmatan yang telah dijanjikan demi keselesaan Jemaah haji masing-masing.