Korporat
Jumaat, 28 Ogos 2020
KUALA LUMPUR, 28 Ogos 2020 - YBhg. Datuk Nik Mohd Hasyudeen Yusoff, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH hari ini merasmikan Majlis Pelancaran Program Semarak Kita Merdeka & Kempen Kibar Jalur Gemilang Peringkat TH Tahun 2020 di Lobi Menara TH Tun Razak.
Program ini bertujuan menyuntik semangat patriotisme di kalangan anggota TH dan secara tidak langsung menggalakkan orang ramai mengibarkan Jalur Gemilang sempena sambutan Bulan Kemerdekaan 2020.
Pada majlis tersebut, YBhg. Datuk Nik Mohd Hasyudeen melekatkan bendera di beberapa buah kenderaan anggota sebagai simbolik pelancaran majlis.