Korporat
Jumaat, 31 Julai 2015
Lembaga Tabung Haji (TH) menganjurkan Kursus Perdana Haji Musim 1436H/2015M bagi semua negeri di seluruh negara secara berperingkat bermula pada 31 Julai sehingga 16 Ogos 2015.
Kursus Perdana Haji Musim 1436H/2015M Peringkat Negeri Kelantan dirasmikan oleh YBhg Dato’ Johan Abdullah, Timbalan Pengarah Urusan Kumpulan dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif TH bertempat di Dewan Utama, Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian, di sini. Kursus ini berlangsung selama dua (2) hari bermula hari ini sehingga 1 Ogos 2015.