Korporat
Jumaat, 31 Julai 2015
Lembaga Tabung Haji (TH) menganjurkan Kursus Perdana Haji Musim 1436H/2015M bagi semua negeri di seluruh negara secara berperingkat bermula pada 31 Julai sehingga 16 Ogos 2015.
Yang Teramat Mulia Dato' Seri DiRaja Tan Sri Tunku Sallehuddin ibni Almarhum Sultan Badlishah (Tunku Temenggong Kedah), Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah telah berkenan hadir merasmikan Kursus Perdana Haji Musim 1436H/2015M Peringkat Negeri Kedah bertempat di Dewan Wawasan Jitra, di sini. Kursus ini berlangsung selama dua (2) hari bermula hari ini sehingga Sabtu, 1 Ogos 2015. Turut hadir pada majlis tersebut adalah YBhg. Dato’ Syed Saleh Syed Abdul Rahman, Pengurus Besar Kanan (Haji) TH.