Haji
Jumaat, 29 Jun 2018
Sabtu, 30 Jun 2018 - YAB Tuan Haji Aminuddin Harun Menteri Besar Negeri Sembilan menyempurnakan Majlis Perasmian Kursus Perdana Haji Peringkat Negeri Sembilan yang berlangsung selama dua hari (30 Jun - 01 Julai 2018) di Kompleks Islam Tuanku Muhriz Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Nilai.
Kursus ini melibatkan 1,802 orang peserta dari seluruh Negeri. Majlis turut dihadiri oleh Haji Imran Mohammad Khayat Pengurus Besar Shariah mewakili TH di majlis ini. Antara tetamu jemputan yang turut hadir YB SUK, SS Dato Mufti, EXCO Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan Kerajaan Negeri, Prof Dr Musa Ahmad Naib Canselor USIM, Pengerusi MAINS, Pengarah JHEINS dan Hj Khairoddin Ahmad Pengarah TH Negeri Sembilan.