Haji
Jumaat, 29 Jun 2018
Jumaat, 29 Jun 2018 - YAB Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhtar, Menteri Besar Terengganu menyempurnakan Majlis Perasmian Kursus Perdana Haji Peringkat Negeri Terengganu yang berlangsung selama dua hari (29 - 30 Jun 2018) bertempat di Pusat Konvensyen, Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu. Kursus ini melibatkan 2,685 orang peserta dari jumlah keseluruhan jemaah negeri ini seramai 2,739 orang. YBhg. Datuk Adi Azuan Abdul Ghani mewakili TH di majlis ini.