Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini menyerahkan zakat perniagaan kepada Lembaga Zakat Selangor (LZS) yang berjumlah RM10,907,614. 88 di Istana Bukit Kayangan, Shah Alam, Selangor.
Zakat Perniagaan TH Negeri Selangor telah dipersembahkan oleh YBhg. Dato' Paduka Ismee Ismail, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj, Sultan Selangor yang telah berkenan untuk menerima persembahan tersebut bagi pihak Lembaga Zakat Selangor.
Majlis ini turut disaksikan oleh Y.A.M. Tan Sri Dato' Seri Syed Anwar Syed Putra Jamalullail, Pengerusi Lembaga Zakat Selangor, Tuan Haji Mohamed Izam Mohamed Yusof, Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Zakat Selangor, Y.A.D. Dato' Setia Mohamad Adzib Mohd Isa, Ahli Lembaga Pengarah Zakat Selangor, Tuan Haji Md. Ridza Md Zain, Pengarah TH Selangor, serta para pegawai TH dan LZS.