KUALA LUMPUR, 8 Mei - Buat julung-julung kalinya, Tabung Haji telah mengadakan Cabutan Pertama Kempen Simpan, Daftar & Menang TH bertempat di Menara TH Tun Razak, hari ini.
Dengan sinergi kerjasama Bank Islam yang telah menyumbang kemudahan untuk menggunakan sistem cabutan iaitu 'draw engine' kepunyaan agensi tersebut. Kempen ini diadakan bertujuan menarik minat orang ramai terutamanya pendeposit TH bagi membuat simpanan dan juga menambah simpanan mereka dan seterusnya mendaftar haji.
Untuk makluman, terdapat tiga cabutan yang akan dilaksanakan iaitu bulan Mei & Ogos 2020 serta cabutan akhir pada Januari 2021.Hadiah yang ditawarkan kepada pendeposit-pendeposit TH adalah berupa wang tunai bernilai RM300,000 keseluruhannya. Cabutan pertama iaitu hari ini, TH akan mengisytiharkan sebanyak 35 pemenang.