Korporat
Jumaat, 4 Mei 2018
Sik 3 Mei 2018 – Lembaga Tabung Haji hari ini telah menyerahkan Dua (2) buah rumah Program Projek Baiti kepada dua keluarga asnaf yang terpilih dari Daerah Sik, Kedah Darul Aman. YBhg Dato’ Badlisyah Abdul Ghani, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif TH telah menyempurnakan penyerahan plak rumah baiti kepada En Norizan Salleh dan Puan Umikalsom Ahmad.
Turut serta dalam program tersebut adalah Encik Riduan bin Ahmad , Timbalan KPE Lembaga Zakat Kedah, Tuan Haji Mohamad Zaki bin Baijuri @Bajuri, Timbalan Pengarah TH Negeri Kedah dan Angota Lembaga Zakat Kedah dan Tabung Haji.