Korporat
Jumaat, 10 April 2015
Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini menyerahkan zakat perniagaan bagi tahun kawangan 2014 berjumlah RM985,162.09 kepada Tabung Baitulmal Sarawak, dalam satu majlis di Astana Negeri, Petra Jaya, Kuching, Sarawak.
Tuan Yang Terutama Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud, Yang di-Pertua Negeri Sarawak menerima pembayaran zakat perniagaan TH ini yang disampaikan oleh YBhg. Dato’ Johan Abdullah, Timbalan Pengarah Urusan Kumpulan & Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif TH.
Pembayaran zakat bagi Negeri Sarawak tersebut mencatatkan peningkatan sebanyak 7.25 peratus berbanding tahun lepas.