Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini membayar zakat berjumlah RM 1,838,314.62 bagi tahun kewangan berakhir 2017 kepada Pusat Zakat Melaka dalam satu majlis ringkas di Dewan Seri Utama, Pejabat TYT Yang Di-Pertua Negeri Melaka.
YBhg. Datuk Seri Johan Abdullah, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH telah menyerahkan bayaran zakat kepada TYT Tun Datuk Seri Utama Mohd Khalil bin Yaacob, Yang Di-Pertua Negeri Melaka. Pembayaran zakat bagi negeri Melaka ini mencatatkan peningkatan sebanyak 13.83% berbanding RM 1,614,922.71 (2016).
Turut hadir pada majlis tersebut adalah YAB Datuk Seri Utama Ir. Hj. Idris b Hj. Haron, Ketua Menteri Melaka; YBhg. Datuk Hj. Ibrahim Hj. Fadzil, Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Zakat Melaka; Tuan Haji Amat Kassim bin Pait, Pengarah TH Negeri Melaka; para pegawai Pusat Zakat Melaka dan anggota-anggota TH.