Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini membayar zakat berjumlah RM 3,200,185.01 bagi tahun kewangan berakhir 2017 kepada Pusat Kutipan Zakat Pahang dalam satu majlis ringkas di Istana Abdul Aziz, Bukit Istana, Kuantan, Pahang.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Abdullah Al-Haj Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah telah berkenan untuk menerima pembayaran zakat ini yang dipersembahkan oleh YBhg. Dato’ Badlisyah Abdul Ghani, Timbalan Pegawai Eksekutif TH. Pembayaran zakat bagi negeri Pahang ini mencatatkan peningkatan sebanyak 13.92% berbanding RM 2,809,096.64 (2016).
Turut hadir pada majlis tersebut adalah YDH Dato’ Sri Wan Haji Abdul Wahid bin Wan Haji Hassan, Timbalan yang di-Pertua Majlis Ugama Islam Pahang (MUIP)/ Pengerusi; YBhg. Dato’ Ahmad Hairi bin Hussien, Setiausaha Majlis Ugama Islam Pahang; Puan Hajah Musalimah Mustaffa, Pengarah TH Negeri Pahang; YH Dato’ Haji Halidan bin Md Daud, Pengurus Besar Kanan Pusat Kutipan Zakat Pahang; para pegawai MUIP dan anggota-anggota TH.