SERDANG, 13 Ogos - Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini telah melancarkan satu program tanggungjawab korporat sosial (CSR) di mana TH menyumbang dana sebanyak RM500 ribu bagi Program CSR Zakat TH (Iqra' TH Plus-Tuisyen KAMI YSS) selari dengan inisiatif kerajaan yang berbentuk program tambahan pendidikan dalam ”Membangun Komuniti Madani”.
YB Datuk Aaron Ago Dagang, Menteri Perpaduan Negara telah melancarkan Pusat Tuisyen KAMI (Komuniti. Aman. Muhibah. Ihsan) di Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Sri Serdang. Hadir sama Pengurus Besar Komunikasi Korporat TH dan anggota CSR BKK TH.
Program ini usahasama Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN), Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS) dan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) dan disokong dengan suntikan dana CSR Zakat daripada pihak TH.