KUALA LUMPUR, 15 Mei 2022 - Lembaga Tabung Haji hari ini, mengadakan Kursus Perdana Haji bagi peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada hari ini yang bertempat di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Sri Syed Saleh Syed Abdul Rahman, Pengarah Eksekutif Haji.
Kursus ini merupakan kesinambungan daripada Kursus Asas Haji yang dianjurkan TH sebelum ini. Kira-kira lebih 400 orang bakal haji menyertai kursus ini yang memfokuskan pelaksanaan ibadat haji secara praktikal.
Kursus Perdana Haji peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur ini adalah Kursus Perdana Haji yang pertama yang diadakan bagi tahun ini. Semoga kursus ini menjadi asbab kepada bakal haji ini dapat melaksanakan ibadah mereka dengan sempurna seterusnya memperolehi haji yang mabrur.