Simpanan
Ahad, 18 Februari 2024
PULAU PINANG, 18 Februari 2024 : Lembaga Tabung Haji (TH) dan Hong Leong MSIG Takaful (HLMT) telah menyerahkan tuntutan perlindungan TH Khairat sebanyak RM12,000 kepada Encik Shamshul Feekar bin Ahmad bagi perlindungan TH Khairat milik isterinya yang meninggal dunia baru-baru ini.
Penyerahan cek ini diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif HLMT, Encik Mohd Asri bin Omar dan turut disertai Pengarah TH Wilayah Utara, Dato’ Mokhzani bin Mukhtar. Dengan langganan serendah RM28 setahun, TH Khairat menawarkan perlindungan Takaful sehingga RM24,000 kepada penerima manfaat yang dinamakan sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya kekal dan menyeluruh kepada pendeposit.