Pembukaan Akaun
Pembukaan akaun TH adalah mudah dan boleh dilakukan di semua Kaunter TH & Kaunter Mudah Alih TH, Rakan Strategik TH (Bank Islam & Bank Rakyat) dan TH Komuniti.
Syarat-syarat:
- Beragama Islam dan waras.
- Warganegara Malaysia.
Dua kategori akaun:
- Akaun Dewasa
- Akaun Kanak-kanak
Akaun Dewasa
- Berumur 18 tahun dan ke atas mengikut tarikh lahir.
- Membawa bersama dokumen pengenalan diri (MyKAD) semasa pendaftaran.
Akaun Kanak-kanak
- Di bawah umur 18 tahun mengikut tarikh lahir.
- Penjaga yang sah adalah tertakluk kepada Akta Perlindungan Kanak-Kanak 2001, Akta Penjagaan Budak 1961 dan Akta Pendaftaran Pengangkatan 1952.
- Penjaga mestilah mempunyai akaun TH dan merupakan warganegara Malaysia.
- Hanya satu penjaga sahaja yang dibenarkan bagi satu akaun.
- Penjaga perlu membawa bersama sijil kelahiran dan dokumen pengenalan diri anak di bawah jagaan (MyKAD atau MyKID).
NOTA:
- Penjaga dinasihatkan untuk menukar status Akaun Kanak-kanak kepada Akaun Dewasa apabila anak di bawah jagaan telah berumur 18 tahun ke atas. Pemohonan pertukaran status akaun ini boleh dibuat di mana-mana pejabat cawangan TH oleh penjaga akaun kanak-kanak tersebut dan pendeposit tersebut hendaklah hadir bersama dengan penjaga ketika urusan pertukaran akaun.
- Selagi akaun itu masih lagi berstatus Akaun Kanak-kanak, penjaga adalah bertanggungjawab sepenuhnya ke atas akaun tersebut walaupun umur kanak-kanak jagaannya telah melebihi 18 tahun.