Balai Berita

2012

March 2012

March 26

26 March 2012 Kenyataan Akhbar | Corporate
Penamaan Waris Penting Bagi Pendeposit Tabung Haji

KUALA LUMPUR – 26 Mac 2012, Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini mengumumkan seramai 3 juta daripada lebih 7 juta pendepositnya tidak mempunyai penamaan waris yang boleh mendatangkan kesukaran ahli keluarga untuk membuat tuntutan wang pusaka sekiranya pendeposit tersebut meninggal dunia.

26 March 2012 Berita | Corporate
MAJLIS PENYERAHAN ZAKAT PERNIAGAAN TH NEGERI PAHANG TAHUN 2011

YBhg. Tan Sri Dato' Sri Abi Musa Asa'ari bin Mohamed Nor, Pengerusi Tabung Haji telah menyerahkan cek zakat perniagaan TH Pahang berjumlah RM2,275,836.17 kepada Duli Teramat Mulia, Tengku Abdullah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah, Tengku Mahkota Pahang di Istana Abdul Aziz, Kuantan, Pahang.

23 March 2012 Berita | Corporate
MAJLIS PENYERAHAN ZAKAT PERNIAGAAN TH NEGERI JOHOR TAHUN 2011

Duli Yang Maha Mulia Sultan Iskandar, Sultan dan Yang Dipertuan Bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor telah perkenan menerima cek zakat perniagaan TH Negeri Johor. Cek berjumlah RM3,478,208.36 ini disampaikan oleh YBhg. Datuk Ismee Ismail, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH di Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru.

21 March 2012 Berita | Corporate
MAJLIS PENYERAHAN ZAKAT PERNIAGAAN TH TERENGGANU TAHUN 2011

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah, Sultan dan Yang di-Pertuan Bagi Negeri Terengganu Darul Iman serta Segala Jajahan Takluknya telah berkenan menerima cek zakat perniagaan TH Terengganu. Baginda menerima cek zakat sebanyak RM3,132,148.54 daripada YBhg. Dato' Kamarudin Mat Ali, Ketua Pegawai Operasi TH di Istana Maziah, Terengganu.

20 March 2012 Berita | Corporate
PROGRAM MKPI MENTERI DI JPM

Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan TH telah menganjurkan Program Pembentangan MKPI 2012 oleh Agensi-agensi pada 20 Mac 2012 yang lalu. Program ini telah dihadiri YB Mejar Jeneral Dato' Seri Jamil Khir bin Haji Baharom (B), Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan turut dihadiri Ketua-ketua agensi di bawahnya.

16 March 2012 Berita | Corporate
MAJLIS PENYERAHAN ZAKAT PERNIAGAAN TH NEGERI SARAWAK TAHUN 2011

Majlis penyerahan Zakat Perniagaan TH Negeri Sarawak telah diadakan di Pejabat Ketua Menteri, Petra Jaya, Sarawak. YBhg. Tan Sri Dato' Sri Abi Musa Asa'ari bin Mohamed Nor, Pengerusi TH telah menyerahkan cek zakat sebanyak RM787,518.85 kepada YAB Pehin Sri Haji Abd Taib Mahmud, Ketua Menteri Sarawak.

14 March 2012 Berita | Corporate
MAJLIS PENYERAHAN ZAKAT PERNIAGAAN TH NEGERI PERLIS TAHUN 2011

DYMM Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail, Tuanku Raja Perlis telah berkenan menerima cek zakat perniagaan TH Negeri Perlis sebanyak 501,371.88 daripada Tuan Haji Mohd Yasin Tahir, Ketua Pegawai Teknologi Maklumat TH. Majlis penyerahan itu diadakan di Istana Arau, Perlis.

14 March 2012 Berita | Corporate
MAJLIS PENYERAHAN ZAKAT PERNIAGAAN TH PULAU PINANG TAHUN 2011

Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan TH Pulau Pinang tahun 2011 telah diadakan di Seri Mutiara. TYT Tun Dato' Seri Utama (Dr.) Haji Abdul Rahman bin Haji Abbas, Yang Di-pertua Negeri Pulau Pinang telah menerima cek zakat perniagaan TH daripada Dato' Kamarudin Mat Ali, Ketua Pegawai Operasi sebanyak RM1,611,467.34.

13 March 2012 Berita | Corporate
MAJLIS PENYERAHAN ZAKAT PERNIAGAAN TH NEGERI SELANGOR TAHUN 2011

Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan TH Negeri Selangor bagi tahun 2011 telah dihadiri Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-haj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Sultan Selangor. Baginda telah berkenan menerima cek sebanyak RM10,129,429 daripada YBhg. Datuk Ismee Ismail, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH di Istana Bukit Kayangan Shah Alam, Selangor.

10 March 2012 Berita | Corporate
PENGGABUNGAN PERKHIDMATAN TH BERSAMA BANK ISLAM DI KUALA PILAH

TH telah mengorak langkah melalui satu usaha sama strategik bermatlamat untuk memberikan pilihan dan nilai tambah perkhidmatan yang lebih cemerlang, di mana pendeposit TH boleh melaksanakan transaksi TH di kaunter dan pusat perbankan elektronik di Bank Islam bagi semua perkhidmatan TH (simpanan, pengeluaran, pendaftaran haji, pembukaan akaun baru dan kemas kini buku akaun TH). Penggabungan perkhidmatan ini adalah merupakan satu komitmen TH sejajar dengan matlamat kerajaan untuk melaksanakan transformasi mempelbagaikan sistem perkhidmatan selaras dengan slogan Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan'.