Balai Berita

2012

March 2012

9 March 2012 Berita | Corporate
MAJLIS PENYERAHAN ZAKAT PERNIAGAAN TH NEGERI KELANTAN TAHUN 2011

Yang Teramat Mulia Tengku Dr. Muhammad Faiz Petra Ibni Sultan Ismail Petra, Tengku Mahkota Kelantan telah berkenan menerima cek zakat perniagaan TH tahun 2011 bagi Negeri Kelantan sebanyak RM3,321,962.70. Cek berkenaan disampaikan oleh Puan Hajah Rozaida Omar, Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan TH di Hotel Mandarin Oriental, Kuala Lumpur.

February 2012

18 February 2012 Berita | Corporate
MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH KUIZ BICARA HAJI

Majlis Penyampaian Hadiah Kuiz Bicara Haji oleh YBhg. Dato' Syed Saleh Syed Abdul Rahman, PBK Haji telah diadakan bersempena penyiaran 12 artikel bicara haji mulai 13 Sept - 30 Sept 2011 di Utusan Malaysia.

February 18

18 February 2012 Kenyataan Akhbar | Corporate
Majlis Penyampaian Hadiah Kuiz Bicara Haji

Kuala Lumpur Sabtu, 18 Februari 2012, Mohd Amin bin Ahamad Sayuti dari Pulau Indah, Selangor dan Zulkarnain bin Safiei dari Bentong Pahang diumumkan sebagai pemenang utama Kuiz Bicara Haji anjuran Tabung Haji dan Utusan Malaysia bersempena Musim Haji 1432 hijrah/2011 yang lalu. Kedua-dua pemenang menerima hadiah pakej menunaikan umrah tajaan TH Travel & Services Sdn. Bhd yang bernilai RM12,000.

16 February 2012 Berita | Corporate
LAWATAN DARIPADA BANK SYARIAH MANDIRI, INDONESIA

Bank Syariah Mandiri telah mengadakan lawatan kerja ke Tabung Haji dan telah disambut oleh Encik Johan Abdullah, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif BIMB Holdings Berhad yang bertempat di Lantai 38, Bilik Mesyuarat Am.

Bank Syariah Mandiri telah mengadakan lawatan kerja ke Tabung Haji dan telah disambut oleh Encik Johan Abdullah, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif BIMB Holdings Berhad. Lawatan 8 orang ini diketuai oleh Encik Ahmad Marzuki, Presiden Commissioner Bank Syariah Mandiri dan turut dihadiri oleh Encik Yuslam Fauzi, ketua Pegawai Eksekutif dan Encik Hanawijaya, Pengarah.

5 February 2012 Berita | Corporate
MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL S.A.W. PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN

Majlis Sambutan Maulidur Rasul S.A.W. Peringkat Kebangsaan Tahun 1433H/2012M yang diadakan di Masjid Putra,Putrajaya pada hari Ahad 5 Februari 2012.

3 February 2012 Berita | Corporate
PERHIMPUNAN AGENSI-AGENSI MENTERI DI JPM DAN PENGUMUMAN BONUS

Perhimpunan Agensi-agensi Menteri di JPM dan Pengumuman Bonus Pendeposit TH 2011 yang bertempat di Auditorium Putrajaya pada hari Jumaat 3 Februari 2012.

2 February 2012 Berita | Corporate
LAWATAN DARIPADA WAKIL KEMENTERIAN HAJI, ARAB SAUDI

Mr. Mohamed Abdul Rahman Al Bejawi, Pengarah Kementeri Haji Arab Saudi Cawangan Madinah telah mengadakan kunjungan ke Tabung Haji yang bertempat di Lantai 31, Bilik PBK Haji pada hari Jumaat, 2 Februari 2012.

Kunjungan beliau disambut YBhg. Dato' Syed Saleh Syed Abdul Rahman, PBK Haji dan beliau telah diberikan penerangan mengenai aktiviti-aktiviti Tabung Haji dan pengurusan jemaah haji.

January 2012

31 January 2012 Berita | Corporate
PERHIMPUNAN ANGGOTA TAHUN 2012 KALI PERTAMA

Perhimpunan Anggota Tahun 2012 Kali Pertama yang bertempat di Dewan Besar TH pada hari Selasa 31 Januari 2012.

Perhimpunan Anggota kali pertama bagi tahun 2012 telah dihadiri oleh YBhg. Datuk Ismee Ismail. Pada perhimpunan berkenaan, beliau telah menyampaikan amanat mengenai halatuju TH untuk tahun 2012. Perhimpunan ini turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif anak-anak syarikat TH.

29 January 2012 Berita | Corporate
MAJLIS TAMAT LATIHAN KURSUS ASAS POLIS BANTUAN

Majlis Tamat Latihan Kursus Asas Polis Bantuan yang bertempat di Pulapol Air Hitam pada hari Ahad 29 Januari 2012.

Seramai 44 polis bantuan telah tamat kursus latihan asas Polis Bantuan setelah menghadirinya selama 63 hari. Majlis ini dihadiri Komandan Pulapol Air Hitam, Negeri Sembilan, Hajah Norul Huda Mohd Sidek, Pengurus Besar (Pentadbiran dan Perolehan) dan Haji Nawawi Ishak, Pengarah Negeri Gantian 1.

January 24

24 January 2012 Keratan Akhbar |
Sinar Harian Jemaah Haji Terakhir Selamat Tiba