Balai Berita

2012

June 2012

28 June 2012 Berita | Corporate
LAWATAN PELAJAR PARIS DAUPHINE UNIVERSITY

Pelajar Paris Dauphine University seramai 12 orang telah memilih Tabung Haji untuk tujuan lawatan akademik. Rombongan pelajar ini telah disambut dan diberikan penerangan oleh Hajah Che Gayah Saleh dan Hajah Nor Aida Ahmad daripada Jabatan Kewangan.

26 June 2012 Berita | Corporate
LAWATAN PESERTA KURSUS INSTITUT TANAH DAN UKUR NEGARA (INSTUN)

Institut Tanah dan Ukur Negara (INSTUN) telah menganjurkan kursus Pengurusan Pusat Data (Data Centre) Pengalaman Agensi Kerajaan dan Swasta dengan mengadakan lawatan kerja ke agensi terpilih. Rombongan berkenaan telah memilih Tabung Haji sebagai destinasi lawatan kerja. Taklimat ringkas dan sesi soal jawab telah diberikan oleh Jabatan IT kepada 35 orang peserta kursus berkenaan.

June 20

20 June 2012 Kenyataan Akhbar | Corporate
Tabung Haji Terima Dua Pensijilan ISO

KUALA LUMPUR, Rabu, 20 Jun 2012: Lembaga Tabung Haji (TH), organisasi Islam yang unggul di Malaysia, dengan visi untuk menjadi tunggak kejayaan ekonomi ummah, pengurusan haji terbilang, hari ini menerima dua pensijilan ISO – ISO/IEC 207001:2005 Pengurusan Sistem Keselamatan Maklumat (ISMS) dan MS ISO 9001:2008 Pengurusan Perkhidmatan dan Operasi Haji di Malaysia dan Arab Saudi daripada dua badan pensijilan ternama antarabangsa dan tempatan dalam satu majlis penyampaian sijil yang di Ibu Pejabat Tabung Haji.

15 June 2012 Berita | Corporate
PERASMIAN PERSIDANGAN PENGARAH TH NEGERI DAN DAERAH ZON BORNEO

Perasmian Persidangan Pengarah TH Negeri dan Daerah Zon Borneo telah dirasmikan oleh YBhg. Dato' Paduka Ismee Ismail, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji. Turut hadir YBhg. Dato' Kamarudin Mat Ali, Ketua Pegawai Operasi dan Pengarah TH dan Pengurus TH Negeri Sabah dan Sarawak.

13 June 2012 Berita | Corporate
LAWATAN FACT-FINDING MISSION REPUBLIK KYRGYZ KE TABUNG HAJI

Delegasi seramai 9 orang ini telah diberikan taklimat oleh Tuan Haji Abd Kadir Sahlan, Pengurus Besar Kanan Pelaburan. Tujuan lawatan berkenaan untuk mengetahui mengenai pengurusan Tabung Haji.

May 2012

May 10

10 May 2012 Kenyataan Akhbar | Corporate
Majlis Pelancaran Skim Biasiswa Tabung Haji

Kuala Lumpur, Khamis, 10 Mei 2012, Lembaga Tabung Haji menawarkan biasiswa kepada 15 orang Pelajar Cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di kalangan anakanak anggota bagi membiayai pengajian di dalam atau luar negara.

10 May 2012 Berita | Corporate
MAJLIS PELANCARAN SKIM BIASISWA TH DI DEWAN BESAR TH

Majlis Pelancaran Skim Biasiswa TH di Dewan Besar TH disempurnakan oleh YB Mejar Jeneral Dato' Seri Jamil Khir bin Haji Baharom (B), Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

3 May 2012 Berita | Corporate
GOVERNMENT LINKED COMPANIES

Sesi Warga Government Linked Companies bersama Yang Amat Berhormat Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia di PICC, Putrajaya.

April 2012

30 April 2012 Berita | Corporate
PELAWAT MITI KE TH

Seramai 21 orang pegawai dari Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) telah mengadakan lawatan kerja ke Lembaga Tabung Haji. Mereka telah diberikan penerangan pengurusan haji oleh Tuan Haji Mohd Rizzal Haji Khalid, Pengurus Kanan Sistem dan Proses Haji.