KUALA LUMPUR, 3 Sept 2022 – Lembaga Tabung Haji (TH) merujuk kepada beberapa laporan akhbar mengenai TH Heavy Engineering Berhad (THHE) dan ingin membuat penjelasan berikut:-
- TH Heavy Engineering Berhad (THHE) bukan lagi anak syarikat atau syarikat bersekutu di bawah TH.
- Kepentingan TH di dalam THHE telah diambil alih sepenuhnya pada tahun 2018 oleh Urusharta Jamaah Sdn Bhd (UJSB) iaitu anak syarikat di bawah Kementerian Kewangan Malaysia.
- UJSB ialah sebuah syarikat pengurusan aset yang ditugaskan untuk menguruskan aset yang dipindahkan daripada Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan.
- Pemindahan THHE dilakukan kerana prestasi syarikat yang lemah dan tidak memberi pulangan yang dijangka kepada TH.
TH kini berada di landasan yang baik dan terus berusaha untuk mengukuhkan kedudukan kewangan, tabdir urus dan operasinya seiring dengan pemulihan ekonomi negara.
-Tamat-
PDF Kenyataan Akhbar