Korporat
Selasa, 3 Disember 2019
Sepang, 3 Disember 2019 – Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini mengadakan 2019 Nominee Directors Training Programme di Movenpick Hotel & Convention Centre KLIA, Sepang yang dirasmikan oleh YBhg. Tan Sri Md Nor Yusof, Pengerusi TH.
Program ini dianjurkan bagi memantapkan urus tadbir korporat TH. Taklimat disampaikan oleh En. Kadir Kassim dari Messrs Kadir Andri & Partners dan Encik Mohamed Ridza Abdullah dari Messrs Mohamed Ridza & Co.
Program ini turut dihadiri oleh YBrs. Tuan Haji Nik Mohd Hasyudeen Yusoff, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Anggota Lembaga, wakil-wakil anak syarikat, Pengurusan Kanan dan anggota TH.