Jabatan Sumber Manusia (JSM) telah mengadakan Majlis Ramah Mesra Management Trainee (MT) Bersama Pengurusan TH pada hari ini, bertempat di Lantai 38. Perjumpaan ini adalah bagi Pengurusan TH mengenali dan menyampaikan objektif serta matlamat Program Management Trainee kepada peserta tersebut.
Seramai 24 orang pemegang biasiswa TH terdiri daripada anak-anak anggota dan pesara TH yang telah menamatkan pengajian mereka di dalam/luar negara dalam pelbagai bidang dipilih menyertai Program Management Trainee selama satu tahun.
Majlis disempurnakan oleh Tn. Hj. Nik Mohd Hasyudeen Yusoff, PUK & KPE TH dan turut dihadiri oleh barisan Pengurusan Kanan TH serta 12 orang Mentor di kalangan anggota TH yang berprestasi tinggi untuk membimbing peserta, serta sebagai sumber rujukan utama dalam mempertingkatkan modal insan.