Hujan lebat berserta angin kuat yang berlaku di kawasan Arafah pada 9 Oktober 2013, lebih kurang jam 3.30 petang waktu tempatan semalam (selepas Asar) adalah satu keadaan yang biasa di sini, setiap kali berlakunya perubahan musim dan suhu. Banjir tersebut adalah bersifat sementara dan reda dalam masa beberapa jam selepas itu.
Sebanyak lebih kurang 30 peratus khemah Jemaah Malaysia yang telah dipasang di Arafah terjejas akibat hujan tersebut. Namun, ini tidak akan menjejaskan persiapan yang telah dibuat oleh Kerajaan Arab Saudi, khususnya oleh pihak Muassasah Asia Tenggara. Keadaan cuaca yang panas terik hari ini akan membantu mereka mengering dan membaikpulih semula khemah-khemah serta peralatan lain seperti karpet yang basah. Khemah-khemah tersebut dijangka akan dapat dipasang dan digunakan semula sepenuhnya sebelum tibanya hari wuquf, iaitu pada 9 Zulhijjah 1434H atau 14 Oktober 2013 ini.