Korporat
Selasa, 30 Mac 2021
KUALA LUMPUR, 30 Mac 2021 - Lembaga Tabung Haji (TH) pada hari ini telah meraikan tiga pelajar asnaf yang telah berjaya menamatkan pengajian Association of Chartered Certified Accountants (ACCA) melalui Program Iqra’ TH (MyPAC) dalam jangka masa kurang daripada dua tahun.
Program kerjasama bersama MyPAC ini merupakan program bantuan pendidikan untuk membantu pelajar golongan asnaf dan fakir miskin meneruskan pengajian ACCA seterusnya melahirkan lebih ramai professional akauntan bumiputera di dalam industri.