Korporat
Sabtu, 9 Jun 2018
Lembaga Tabung Haji hari ini telah menyerahkan 11 buah rumah Projek Baiti kepada 11 keluarga asnaf yang terpilih dari Daerah Setiu, Terengganu. YBhg Dato’ Badlisyah Abdul Ghani , Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif TH telah menyempurnakan penyerahan plak rumah baiti kepada 11 penerima rumah program Baiti.
Turut serta dalam program tersebut adalah YB Tuan Haji Shaharizukirnain bin Abd Kadir, Ahli Parlimen Setiu,Tuan Haji Rosdi Awang, Pegawai Daerah Setiu, YBhg Dato’ Mohyen Mosman, Pengarah TH Negeri Terengganu dan dan anggota Tabung Haji.