KUALA LUMPUR - 10 September 2018 - Lembaga Tabung Haji (TH) turut serta memeriahkan sambutan tahun baru hijrah kali ini dengan penyertaan Kontinjen TH yang diketuai oleh Puan Khairul Bariah Abdul Karim di perhimpunan sambutan Ma'al Hijrah Peringkat Kebangsaan 2018/1440 Hijrah di Masjid Wilayah Persekutuan malam ini.
KDYMM Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V berkenan berangkat mencemar duli menghadiri majlis tersebut. Turut sama hadir ialah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Menteri Wilayah Khalid Abdul Samad, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Yusof dan Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri.
Tema sambutan Maal Hijrah tahun ini adalah ‘Menyantuni Umat Membawa Rahmat’, selari dengan nilai murni yang diterapkan di samping prinsip maqasid syariah sebagai wadah pentarbiahan umat secara berterusan.