Korporat
Jumaat, 3 Februari 2017
Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini mengumumkan Hibah Pendeposit 2016 dengan kadar 4.25% Hibah Tahunan, dan tambahan Hibah Haji sebanyak 1.50% untuk para pendeposit yang belum pernah menunaikan haji.
Majlis ini telah disempurnakan oleh YB. Mejar Jeneral Dato' Seri Jamil Khir bin Haji Baharom (B), Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
Turut hadir YB Senator Dato’ Dr. Asyraf Wajdi Bin Dato’ Dusuki, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB. Datuk Seri Panglima Abdul Azeez Abdul Rahim, Pengerusi TH, YBhg. Datuk Seri Johan Abdullah, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Ahli-ahli Lembaga Pengarah dan Panel Pelaburan TH.