TH telah mengorak langkah melalui satu usaha sama strategik bermatlamat untuk memberikan pilihan dan nilai tambah perkhidmatan yang lebih cemerlang, di mana pendeposit TH boleh melaksanakan transaksi TH di kaunter dan pusat perbankan elektronik di Bank Islam bagi semua perkhidmatan TH (simpanan, pengeluaran, pendaftaran haji, pembukaan akaun baru dan kemas kini buku akaun TH). Penggabungan perkhidmatan ini adalah merupakan satu komitmen THsejajar dengan matlamat kerajaan untuk melaksanakan transformasi mempelbagaikan sistem perkhidmatan selaras dengan slogan Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan'.
Taklimat penggabungan ini disampaikan oleh Ketua Pegawai Operasi THDato' Haji Kamarudin bin Mat Ali dan turut hadir adalah Pengurus Besar OPC TH, Pengurus Besar Simpanan & Pengeluaran TH, Pengurus Besar Khidmat Pelanggan TH, Pengarah Negeri Gantian 1 TH, Pengarah dan Timbalan Pengarah TH Negeri Sembilan, Skala Design Consultant Sdn Bhd Kuala Lumpur, AGM Branch Supervision BIMB, AGM Channel Supervision BIMB, Regional Operation Manager BIMB, Wakil Takaful Malaysia Bhd, Pengurus Daerah dan BIMB Kuala Pilah, Anggota TH dan BIMB Kuala Pilah dan Pesara TH.
PENGGABUNGAN PERKHIDMATAN TH BERSAMA BANK ISLAM DI KUALA PILAH
Corporate
Saturday, 10 March 2012