Corporate
LAWATAN FACT-FINDING MISSION REPUBLIK KYRGYZ KE TABUNG HAJI
Delegasi seramai 9 orang ini telah diberikan taklimat oleh Tuan Haji Abd Kadir Sahlan, Pengurus Besar Kanan Pelaburan. Tujuan lawatan berkenaan untuk mengetahui mengenai pengurusan Tabung Haji.
LAWATAN FACT-FINDING MISSION REPUBLIK KYRGYZ KE TABUNG HAJI
Delegasi seramai 9 orang ini telah diberikan taklimat oleh Tuan Haji Abd Kadir Sahlan, Pengurus Besar Kanan Pelaburan. Tujuan lawatan berkenaan untuk mengetahui mengenai pengurusan Tabung Haji
LAWATAN KERJA BADAN PEMERIKSAAN KEWANGAN, INDONESIA KE TABUNG HAJ
Lembaga Tabung Haji (TH) menerima kunjungan kerja daripada Badan Pemeriksaan Kewangan, Indonesia, hari ini. Lawatan kerja seramai empat (4) orang ini bertujuan untuk mendapat dan berkongsi maklumat dan pengalaman TH menguruskan simpanan, haji dan pelaburan umat Islam.
Taklimat dan penerangan bagi pihak TH diberikan oleh Tuan Haji Mohd Ridzuan Wahi, Pengurus Besar Simpanan dan Pengeluaran,Tuan Haji Mohd Badrulhisham Abdul Latif, Pengurus Besar Penyelidikan dan Pembangunan Haji dan Encik Azman Elmiza Ahmad, Pengurus Kanan Pengurusan Strategik.
LAWATAN KERJA DELEGASI AUTONOMI ISLAM BANGSAMORO KE TABUNG HAJI
Lembaga Tabung Haji (TH) menerima kunjungan kerja daripada Delegasi Autonomi Islam Bangsamoro, hari ini. Lawatan kerja seramai 10 orang ini bertujuan untuk mendapat dan berkongsi maklumat dan pengalaman TH dalam pengurusan haji, sistem pendeposit, serta pelaburan secara keseluruhan.
LAWATAN KERJA PENGURUSAN TH KE MEDIA PRIMA
Pengurusan Kanan Tabung Haji telah mengadakan lawatan ke Media Prima. Rombongan ini diketuai YBhg. Dato' Paduka Ismee Ismail, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji dan turut dihadiri Pengurus Besar Kanan setiap Jabatan. Rombongan berkenaan disambutan oleh YBhg. Datuk Johan bin Jaaffar, Pengerusi Media Prima.
LAWATAN PEJABAT SHEIKHUL ISLAM CAWANGAN SONGKHLA, THAILAND
Pejabat Sheikhul Islam Cawangan Songhkla, Thailand seramai 27 orang telah mengadakan lawatan ke Tabung Haji. Delegasi ini disambut dan diberikan taklimat oleh Tuan Haji Mat Admara Alang Azizdin, Pengurus Besar Agensi Haji.
LAWATAN PELAJAR PARIS DAUPHINE UNIVERSITY
Pelajar Paris Dauphine University seramai 12 orang telah memilih Tabung Haji untuk tujuan lawatan akademik. Rombongan pelajar ini telah disambut dan diberikan penerangan oleh Hajah Che Gayah Saleh dan Hajah Nor Aida Ahmad daripada Jabatan Kewangan.
LAWATAN PELAJAR UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UITM) KE TABUNG HAJI
Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini menerima kunjungan daripada Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Seri Iskandar, Perak.
Lawatan ini bertujuan untuk mendapat, berkongsi maklumat dan pengalaman mengenai pengurusan audit yang dilaksanakan oleh TH. Taklimat dan penerangan bagi pihak TH ini telah diberikan oleh Puan Hajah Norhayati Yusof, Pengurus Kanan Audit Dalam.