Corporate
PROJEK BAITI TH - KUALA LUMPUR
Lembaga Tabung Haji (TH) menyerahkan sebanyak tiga unit rumah kepada tiga buah keluarga dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di bawah Projek Baiti TH dalam satu majlis penyerahan ringkas hari ini.
Projek yang dilaksanakan dengan kerjasama strategik Baitulmal Wilayah Persekutuan ini telah berjaya menyiapkan dua buah rumah baharu dan membaikpulih sebuah rumah dengan peruntukan keseluruhan berjumlah RM132,500.00.