Lembaga Tabung Haji (TH) menyerahkan sebanyak tiga unit rumah kepada tiga buah keluarga dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di bawah Projek Baiti TH dalam satu majlis penyerahan ringkas hari ini.
Projek yang dilaksanakan dengan kerjasama strategik Baitulmal Wilayah Persekutuan ini telah berjaya menyiapkan dua buah rumah baharu dan membaikpulih sebuah rumah dengan peruntukan keseluruhan berjumlah RM132,500.00.
Majlis simbolik penyerahan rumah berkenaan telah disempurnakan oleh YBhg. Dato' Sri Kamarudin Mat Ali, Ketua Pegawai Operasi TH di Kampung Kerdas 2, Batu 5 ½, Gombak, Kuala Lumpur.
Projek Baiti ini adalah salah satu dari Program Tanggungjawab Sosial Korporat TH (CSR) yang dijalankan setiap tahun bagi membantu golongan yang kurang berkemampuan untuk membaikpulih atau membina semula rumah kediaman mereka.
PROJEK BAITI TH - KUALA LUMPUR
Corporate
Friday, 7 March 2014