ZAKAT PERNIAGAAN TH - KEDAH
Lembaga Tabung Haji (TH) menyerahkan zakat perniagaannya berjumlah RM3,769,128.73 bagi tahun 2013 kepada Jabatan Zakat Negeri Kedah, dalam satu majlis ringkas di Istana Anak Bukit, Alor Setar hari ini.
Lembaga Tabung Haji (TH) menyerahkan zakat perniagaannya berjumlah RM3,769,128.73 bagi tahun 2013 kepada Jabatan Zakat Negeri Kedah, dalam satu majlis ringkas di Istana Anak Bukit, Alor Setar hari ini.
Lembaga Tabung Haji (TH) menyerahkan zakat perniagaannya berjumlah RM1,396,962.60 bagi tahun 2013 kepada Pusat Zakat Melaka (PZM), dalam satu majlis ringkas di sini.
Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir berkenan menerima pembayaran zakat TH di dalam satu majlis ringkas di Istana Hinggap semalam.
Pembayaran zakat sebanyak RM1, 767,832.20 itu dipersembahkan oleh YBhg. Dato' Sri Kamarudin Mat Ali, Ketua Pegawai Operasi TH.
Lembaga Tabung Haji (TH) menyerahkan zakat perniagaannya bagi tahun 2013 berjumlah RM3,181,847.21 kepada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak, dalam satu majlis ringkas di sini.
Pembayaran zakat bagi Negeri Perak tersebut mencatatkan peningkatan sebanyak 9 peratus berbanding RM2,923,240.01 pada 2012. Pembayaran zakat perniagaan TH telah disempurnakan oleh YBhg. Dato' Sri Kamarudin Mat Ali, Ketua Pegawai Operasi TH kepada Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Perak Darul Ridzuan, Raja Dr. Nazrin Shah.
Lembaga Tabung Haji (TH) menyerahkan zakat perniagaannya berjumlah RM563,712.32 bagi tahun 2013 kepada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPS), dalam satu majlis ringkas di sini.
Pembayaran zakat bagi Negeri Perlis tersebut mencatatkan peningkatan sebanyak sembilan (9) peratus berbanding RM515,739.47 pada 2012. Pembayaran zakat perniagaan TH telah disempurnakan oleh Tuan Haji Mohamad Khairi Dasemin, Pengarah TH Negeri Perlis kepada Tuan Haji Abdul Malik Hussin, Ketua Pegawai Eksekutif MAIPS.
Lembaga Tabung Haji (TH) menyerahkan zakat perniagaannya berjumlah RM1,879,454.50 bagi tahun 2013 kepada Zakat Pulau Pinang, dalam satu majlis ringkas di sini.
Pembayaran zakat bagi Negeri Pulau Pinang tersebut mencatatkan peningkatan sebanyak 12 peratus berbanding RM1,684,247.35 pada 2012. Pembayaran zakat perniagaan TH telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Rozaida Omar, Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan TH kepada Tuan Yang Terutama Tun Dato' Seri Utama Haji Abdul Rahman Haji Abbas, Yang Di-Pertua Negeri Pulau Pinang.
Lembaga Tabung Haji (TH) menyerahkan zakat perniagaannya berjumlah RM978,156.25 bagi tahun 2013 kepada Pusat Zakat Sabah, dalam satu majlis ringkas di sini.
Pembayaran zakat bagi Negeri Sabah tersebut mencatatkan peningkatan sebanyak 15 peratus berbanding RM848,899.59 pada 2012. Peningkatan peratusan ini merupakan yang kedua tertinggi selepas Wilayah Persekutuan (18 peratus) bagi tahun 2013.
Lembaga Tabung Haji (TH) menyerahkan zakat perniagaannya berjumlah RM918,526.48 bagi tahun 2013 kepada Tabung Baitulmal Sarawak, dalam satu majlis ringkas di Astana Negeri Sarawak, Petra Jaya hari ini.
Lembaga Tabung Haji (TH) menyerahkan zakat perniagaannya berjumlah RM3,638,133.16 bagi tahun 2013 kepada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM), dalam satu majlis ringkas di Istana Syarqiyyah, Chendering hari ini .