Balai Berita

2012

November 2012

November 30

30 November 2012 Keratan Akhbar |
Berita Harian Tabung Haji Puas Hati Operasi Urus Jemaah


November 29

29 November 2012 Kenyataan Akhbar | Corporate
Majlis Sambutan Penerbangan Balik Terakhir Bagi Musim Haji 1433H

SEPANG, 29 November 2012: Penerbangan terakhir KT106 yang membawa pulang jemaah haji ke tanah air menerusi pesawat MH8291 selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kira-kira *jam 1.45 petang ini dengan membawa seramai 351 jemaah. Ketibaan jemaah yang keluar dari balai ketibaan disambut oleh ahli keluarga dan saudara-mara masing-masing yang sudah berada di KLIA sejak awal lagi.

29 November 2012 Berita | Corporate
MAJLIS SAMBUTAN KEPULANGAN JEMAAH TERAKHIR BAGI MUSIM HAJI 1433H

Kumpulan terakhir jemaah haji Malaysia dari Tanah Suci bagi musim haji 1433H seramai 351 orang termasuk 30 orang petugas Tabung Haji telah selamat tiba pada pukul 2.00 petang di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur menerusi pesawat MAS MH 8291. Mereka yang bertolak dari Madinah telah disambut oleh Pengerusi Tabung Haji, Tan Sri Dato' Sri Abi Musa Asa'ari bin Mohamed Nor dan Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji, Dato' Paduka Ismee Ismail. Turut hadir YBhg. Dato' Syed Saleh Syed Abdul Rahman, Pengurus Besar Kanan Tabung Haji serta pengurusan kanan Tabung Haji.

November 28

28 November 2012 Keratan Akhbar |
Kosmo Murid Empat Sekolah Rendah Kedah Dapat Bantuan TH


27 November 2012 Berita | Corporate
APYBC2012 AWARDS RECOGNITION & CHARITY GALA DINNER

Lembaga Tabung Haji telah memenangi Anugerah CSR Leadership Award oleh Young Entrepreneur Organization Malaysia (GMB). Anugerah telah disampaikan oleh YABhg. Datin Paduka Seri Rosmah Mansor, isteri Perdana Menteri kepada Hajah Anis Zuhani Ahmad, Pengurus Besar Hal Ehwal Awam dan Komunikasi Korporat Kumpulan yang mewakili Lembaga Tabung Haji. Majlis yang dianjurkan di Hotel Renaissance Kuala Lumpur ini turut dihadiri Haji Mohd Yassin Tahir, Ketua Pegawai Teknologi; Haji Mohd Khalid Mohd Nordin, Pengurus Besar Pengurusan Haji dan beberapa pengurusan Tabung Haji.

27 November 2012 Berita | Corporate
TABUNG HAJI BUKA PAMERAN SEMPENA PERSIDANGAN UMNO 2012

Persidangan UMNO kali ke-66 telah berlangsung selama lima hari bermula pada 27 November sehingga 1 Disember 2012. Persidangan itu diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra turut menarik orang ramai dan para perwakilan UMNO untuk melawati pameran-pameran dan gerai-gerai yang disediakan. Lembaga Tabung Haji tidak ketinggalan membuka pameran berkenaan yang menawarkan perkhidmatan pendaftaran ahli baru, pendaftaran Kelab TaHa dan TaHa@U serta pendaftaran haji kepada orang ramai dan para perwakilan UMNO sepanjang persidangan berlangsung.

November 26

26 November 2012 Keratan Akhbar |
Berita Harianhttps://cms-th.s3.amazonaws.com/26+November+2012+MAC+FC+Gah+Pertahan+Juara+Futsal+Kelab+TaHa.pdf MAC FC Gah Pertahan Juara Futsal Kelab TaHa


25 November 2012 Berita | Corporate
KEJOHANAN FUTSAL ANJURAN KELAB TAHA & TAHA@U DENGAN KERJASAMA BERITA HARIAN

Pasukan MAC FC dari Universiti Teknologi MARA (UiTM), Shah Alam berjaya mempertahankan kejuaraan Kejohanan Futsal Kelab TaHa dan TaHa@U buat kali kedua selepas menewaskan Kotsal FC. Pasukan itu berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM3,000, piala pusingan dan sijil penyertaan. Bagi kategori Kelab TaHa pula dimenangi pasukan Court Soccer yang mengalahkan pasukan Qaseh. Kemenangan itu melayakkan mereka menerima wang tunai RM1,500, piala dan sijil penyertaan. Hadiah disampaikan oleh Pengurus Besar Khidmat Pelanggan Tabung Haji, Mohammad Saimi Mat Som kepada para pemenang.

November 25

25 November 2012 Keratan Akhbar |
Berita Harian Pasukan Sahut Cabaran Futsal BH, TH


November 23

23 November 2012 Keratan Akhbar |
Berita Harian Pelajar Juara Kad Raya Jawi