Majlis Mengucapkan Selamat Jalan Kepada Jemaah Haji Negeri Sabah KT18S
Urusan keberangkatan pertama jemaah haji Negeri Sabah melalui KT18S telah bermula pada 29/7/2018.
Majlis Mengucapkan Selamat Jalan kepada Jemaah Haji bagi penerbangan ini telah disempurnakan oleh TYT Yang Di-Pertua Negeri Sabah, Tun Datuk Seri Panglima Dr. Hj. Juhar bin Datuk Hj. Mahiruddin.
Majlis bermula pada pukul 4:00 petang dan selesai pada pukul 4:55 petang dengan keberangkatan Jemaah Haji menaiki bas ke Lapangan Terbang Kota Kinabalu. Jemaah dijangka berlepas ke KLIA pada pukul 8:30 malam.