Kuala Lumpur, 23 Mac 2022- Lembaga Tabung Haji (TH) menyambut baik pengumuman Kerajaan Arab Saudi menarik balik beberapa sekatan berkaitan COVID-19 termasuk perjalanan, penjarakan fizikal, ujian antigen pantas dan kuarantin wajib ke negara tersebut.
Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Dato’ Sri Amrin berkata keputusan yang dibuat ini adalah susulan situasi COVID-19 yang bertambah baik di negara tersebut. Walau bagaimanapun, rakyat dan pelancong luar masih perlu memakai pelitup muka di kawasan tertutup.
“TH yakin Kerajaan Arab Saudi telah meneliti pelbagai aspek bagi memastikan keselamatan penduduk serta jemaah umrah dan haji terjamin”, tambah beliau.
-Tamat-
TH SAMBUT BAIK LANGKAH ARAB SAUDI MENARIK BALIK SEKATAN COVID-19.PDF