KUALA LUMPUR, 10 Mac 2021 – Lembaga Tabung Haji (TH) menyambut baik usaha YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin, Perdana Menteri Malaysia yang berjaya memperolehi 10,000 kuota tambahan semasa pertemuannya dengan Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed Salman Abdulaziz Al Saud semalam.
Penambahan kuota haji ini akan memberi peluang kepada lebih ramai rakyat Malaysia menunaikan ibadat haji serta dapat mengurangkan masa menunggu untuk masa-masa hadapan.
Saban tahun TH akan membuat persediaan rapi merangkumi pelbagai aspek di Tanah Air dan Tanah Suci bagi memastikan kelancaran umat Islam di Malaysia melaksanakan rukun Islam ke lima.
-Tamat-
TH Sambut Baik Usaha YAB Perdana Menteri Dapat Kuota Tambahan