KUALA LUMPUR, 10 MEI 2022 β Lembaga Tabung Haji (TH) sukacitanya memaklumkan semua pendeposit yang ingin berurusan di kaunter TH boleh membuat janji temu sebelum hadir di mana-mana 123 pejabat cawangan TH seluruh negara bermula 10 Mei 2022.
Sebanyak empat kemudahan janji temu yang melibatkan urusan tuntutan pusaka, permohonan hibah amanah, kemaskini maklumat peribadi dan pembukaan akaun diperkenalkan oleh TH.
Pemangku Pengarah Eksekutif Operasi TH, Mohamed Ameen Abdul Wahab, berkata dengan adanya kemudahan janji temu ini, ianya akan memberi kemudahan kepada pendeposit untuk berurusan di mana-mana kaunter cawangan TH dengan lebih efektif dan efisien. Kemudahan ini merupakan satu lagi perkhidmatan yang ditawarkan oleh TH demi keselesaan kepada pendeposit.
βTH memperkenalkan kemudahan janji temu bagi membolehkan pendeposit memilih tarikh dan masa mengikut kesesuaian dan tidak perlu menunggu dalam tempoh masa yang lama untuk berurusan. Pelaksanaan kemudahan ini juga membolehkan TH mengatur kehadiran pendeposit secara berkala dan secara langsung dapat mengelak kesesakan dan ketidakselesaan pendeposit ketika berurusan di pejabat cawangan TH,β tambah beliau.
Pendeposit hanya perlu melayari laman web TH di www.tabunghaji.gov.my dan klik di menu pilihan urusan janji tamu yang ada bermula 10 Mei 2021. Para pendeposit boleh membuat janji temu bermula slot masa 8.45 pagi sehingga 3.45 petang.
-Tamat-