PADANG BESAR, Jumaat, 19 Mei 2017: Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini secara rasmi membuka cawangannya di Padang Besar sebagai usaha memberikan perkhidmatan yang lebih cemerlang kepada para pendepositnya di Daerah Padang Besar, Perlis dan sekitarnya. Majlis perasmian ini telah disempurnakan oleh YB Dato’ Haji Khairi bin Hassan, Exco Agama Negeri Perlis mewakili YAB Dato’ Seri Azlan bin Man, Menteri Besar Perlis.
“Pembukaan Pejabat Tabung Haji Padang Besar ini pasti memudahkan para penduduk Padang Besar untuk melaksanakan urusan simpanan dan haji masingmasing. Diharapkan agar penduduk-penduduk Islam di kawasan sekitar Padang Besar yang terdiri dari peneroka felda, pekerja ladang, peniaga dan pekerja sektor awam/swasta dan umat Islam di Perlis seluruhnya, dapat mengambil peluang untuk mendapatkan perkhidmatan-perkhidmatan Tabung Haji yang disediakan di pejabat ini,” kata YB Dato’ Haji Khairi bin Hassan. Perkhidmatan yang ditawarkan termasuklah urusan simpanan, pengeluaran, mengemaskini akaun, penamaan waris, Hibah Amanah TH, pendaftaran haji dan sebagainya.
Perpindahan ke cawangan baharu ini membuktikan TH sentiasa komited dalam memberi perkhidmatan kepada masyarakat Islam selaras dengan visinya menjadi tonggak kejayaan ekonomi ummah. Selain daripada memberikan akses terbaik, ia juga memenuhi keperluan dan permintaan para pendeposit dalam memperkasa dan mempertingkatkan kualiti perkhidmatan.
Turut hadir pada majlis perasmian ini adalah YBhg. Tan Sri Dato’ Paduka Badruddin Amiruldin, Ahli Lembaga Pengarah TH, YBhg. Dato’ Adi Azuan Abdul Ghani, Ketua Pegawai Operasi TH, Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri, Ketua-ketua Jabatan, Pegawai-pegawai Kerajaan, Pengarah Negeri TH dan anggota TH.
Para pendeposit yang mempunyai sebarang pertanyaan berkaitan perkhidmatan TH, mereka boleh berhubung terus dengan TH Contact Centre (THCC) di talian 03 - 6207 1919 atau emel kepada th-info@lth.gov.my.
- Tamat –