Kuala Lumpur, 28 Mac 2017 – Lembaga Tabung Haji (TH) ingin menasihati orang ramai untuk berwaspada dan tidak terpengaruh dengan mana-mana maklumat dalam hal-hal berkaitan tawaran haji dan pakej haji seperti isu yang menular baru-baru ini menerusi media sosial.
Bagi musim haji 1438H/2017, TH telah meluluskan 20 buah syarikat pelancongan tempatan yang dikenali sebagai Pengelola Jemaah Haji (PJH) untuk menawarkan perkhidmatan pakej haji. TH tidak pernah melantik mana-mana individu perseorangan untuk menjadi perantara/orang tengah/agen dalam hal-hal berkaitan tawaran haji dan pakej haji.
Bakal-bakal haji yang telah menerima surat tawaran menunaikan haji pada tahun ini dan berhasrat menggunakan perkhidmatan pakej haji adalah dinasihatkan untuk menggunakan perkhidmatan pakej haji yang disediakan oleh PJH yang dilesenkan oleh TH sahaja.
TH ingin menegaskan bahawa mana-mana individu atau agensi pelancongan yang menawarkan perkhidmatan pakej haji tanpa memperoleh lesen PJH daripada TH adalah satu kesalahan dan boleh dikenakan tindakan undangundang.
Senarai PJH yang menerima lesen daripada TH boleh didapati dari mana-mana Pejabat Cawangan TH atau dengan melayari laman sesawang (www.tabunghaji.com) atau seperti dibawah.
1. TH Travels & Services Sdn. Bhd. | 11. Masamas Travel & Tours Sdn. Bhd. |
2. Alif Travel & Tours Sdn. Bhd,. | 12. MKM Ticketing Travel & Tours Sdn. Bhd. |
3. Andalusia Travel & Tours Sdn. Bhd. | 13. Platinum Gesture Travel & Tours Sdn. Bhd. |
4. Ash-Har Travel & Tours Sdn. Bhd. | 14. Rayhar Travels Sdn. Bhd. |
5. Batuta Travel & Tours Sdn. Bhd. | 15. Syarikat Pelancungan Yaskin Sdn. Bhd. |
6. C. S. Holidays Sdn. Bhd | 16. TM Tours & Travel Sdn. Bhd. |
7. Citra Travel & Tours Sdn. Bhd. | 17. Touch Me Travel & Tours Sdn. Bhd. |
8. Felda Travel Sdn. Bhd. | 18. Utas Travel & Tours Worldwide Holidays Sdn. Bhd. |
9. Gemilang Travel and Tours Sdn. Bhd. | 19. Wira Saujana Travels & Tours Sdn. Bhd. |
10. Misbah Travel & Tours Sdn. Bhd., | 20. Zahafiz Travel & Tours Sdn. Bhd |
Untuk sebarang pertanyaan berkaitan perkhidmatan TH, orang ramai boleh menghubungi talian Khidmat Pelanggan (THCC) kami di 03-6207 1919.
Bahagian Hal Ehwal Awam dan Komunikasi Korporat Kumpulan
Lembaga Tabung Haji
-Tamat-