KUALA LUMPUR, 17 Disember 2020 – Lembaga Tabung Haji (TH) ingin memaklumkan bahawa kerjasama dengan Pos Malaysia telah dinaik taraf dengan pengenalan perkhidmatan deposit wang ke akaun TH secara dalam talian (online) melalui Pos Online di www.posonline.com.my.
Langkah ini sejajar dengan usaha TH dan Pos Malaysia dalam meningkatkan perkhidmatan secara digital yang lebih mudah dan berkesan. Selain itu, ini juga dapat memastikan pelaksanaan usaha wajar pelanggan (Compliance Due Diligence - CCD) dipenuhi sepenuhnya.
Sehubungan dengan itu, mulai 2 Januari 2021, urusan deposit wang ke akaun TH melalui kaunter Cawangan Pos Malaysia akan ditamatkan.
Sebarang pertanyaan, sila hubungi Tabung Haji Contact Center (THCC), di talian +603 - 6207 1919, fax : +603 - 7728 4959, e-mail : th-info@lth.gov.my -Tamat-
Deposit Wang Simpanan Ke Akaun Tabung Haji Melalui Pos Online