KUALA LUMPUR, 31 Mei 2018 – Lembaga Tabung Haji (TH) mengumumkan bahawa YBhg. Tan Sri Dr. Mohd Irwan Serigar Abdullah, mantan Ketua Setiausaha Perbendaharaan tidak lagi menyandang jawatan sebagai Ahli Lembaga Pengarah TH.
YBhg. Tan Sri Dr. Mohd Irwan Serigar menyandang jawatan tersebut sejak 2011 di atas kapasiti sebagai wakil Perbendaharaan. Kekosongan Ahli Lembaga Pengarah TH akan diisi oleh wakil Perbendaharaan yang baharu sebagai mana yang termaktub di bawah Akta Tabung Haji 1995.
-Tamat-