Talking Points Sidang Media YB Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Bayaran Haji Kekal
KHAMIS, 14 FEBRUARI 2019
JAM 3.00 PETANG
DEWAN BESAR TH, MENARA TH JALAN TUN RAZAK
YB Hajah Fuziah Salleh Timbalan Menteri
Yang Berbahagia Tan Sri Md Nor Yusof Pengerusi Lembaga Tabung Haji
Yang Berbahagia Dato’ Sri Zukri Samat Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji
Anggota Lembaga Tabung Haji dan Wakil-wakil media yang saya hormati sekalian
Pendahuluan
- Kerajaan sentiasa berusaha memastikan kepentingan dan kebajikan rakyat sentiasa terpelihara demi kelangsungan hidup berlandaskan prinsip keharmonian, keamanan dan kemakmuran.
- Konsep Rahmatan Lil Alamin, Maqasid Syariah dan Model Islam Malaysia yang diperjuangkan oleh Kerajaan kini adalah bertujuan untuk menyemarakkan syiar Islam agar kekal mampan selaras landasan syariat.
- Kerajaan juga akan terus memantapkan urus tadbir negara agar Malaysia menjadi negara Islam contoh di seluruh dunia.
- Pengurusan Jemaah Haji Malaysia yang dilaksanakan oleh Tabung Haji merupakan sumber inspirasi dan model kepada banyak negara Islam setiap tahun.
- Inisiatif berterusan Tabung Haji dalam memberi perkhidmatan dan kemudahan terbaik demi kebajikan jemaah haji negara telah membolehkan mereka melaksanakan ibadat haji dengan sempurna.
Bayaran Haji Kekal
- Pada sidang media hari ini, saya ingin mengumumkan bahawa kerajaan memutuskan untuk mengekalkan subsidi haji bagi Jemaah haji Muassasah yang menunaikan haji kali pertama. Bayaran haji kekal sebanyak RM9,980.
- Meskipun berhadapan dengan pelbagai cabaran, Tabung Haji berusaha menanggung subsidi lebih daripada RM306 juta, ia susulan peningkatan kos haji tahun ini sebanyak RM22,900 seorang berbanding RM22,450 pada musim haji yang lalu.
- Untuk makluman, dalam tempoh masa 10 tahun ini TH juga telah menanggung subsidi melebihi RM1 bilion.
- Berkenaan dengan rayuan haji, ia akan berjalan seperti biasa namun sebarang keputusan mengenainya akan mengambil kira prinsip istito’ah dalam pertimbangan untuk meluluskan rayuan tersebut.
Sekian Terima Kasih.
Press Release PDF