KUALA LUMPUR, 21 OKTOBER 2023 : Lembaga Tabung Haji (TH) menyarankan para pendeposit dan orang ramai supaya sentiasa berwaspada dengan tipu helah yang dilakukan oleh ‘scammer’.
Terbaharu, pihak yang tidak bertanggungjawab (scammer) kini menggunakan taktik dimana mereka mengiklankan skim pelaburan di media sosial seperti Facebook dan TikTok.
Iklan-iklan ini akan dihubungkan dengan aplikasi WhatsApp untuk terus memperdaya orang ramai dengan menjanjikan keuntungan tinggi dan pantas.
Orang ramai terutamanya pendeposit TH perlu berhati-hati untuk tidak mudah percaya dan terjerat dengan tawaran pelaburan yang menjanjikan pulangan lumayan menerusi skim-skim pelaburan yang meragukan.
TH sentiasa memberi peringatan dan nasihat berkaitan perkara ini kepada para pendeposit di platform-platform komunikasi rasmi TH.
Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh hubungi Tabung Haji Contact Centre (THCC) di talian 03-6207 1919.
-Tamat-